Masih Sempat Hadiahkan Pahala Untuk Mak Ayah Pada 10 Malam Terakhir Ini

Malam-malam terbaik Ramadan hampir berlabuh. Jangan biarkan ia pergi tanpa satu amal jariah. Dengan minimum RM100, anda boleh hadiahkan 'saham akhirat' buat ibu bapa tersayang melalui sedekah bangunan sekolah Islam generasi masa depan.

SEDEKAH ATAS NAMA MAK AYAH SEKARANG

⚠️ 10 Malam Terakhir Sedang Berjalan! Jangan Lepaskan Peluang Pahala Berganda

Peluang Ramadan tahun ini semakin singkat. Mungkin Lailatul Qadar berlaku malam ini.

00 Hari
00 Jam
00 Minit
00 Saat
Mak Ayah dan Anak

Kalau Bukan Malam-Malam Ini, Bila Lagi?

Mungkin kita tak mampu belikan rumah besar untuk mak ayah di dunia. Mungkin kita tak selalu ada masa untuk menemani mereka. Tapi, kita masih mampu hadiahkan saham akhirat yang tak putus-putus untuk mereka.

Bayangkan... Setiap anak-anak di SRITI AN NAJAH membaca Al-Quran, solat dhuha, dan belajar ilmu agama di bangunan baru nanti, pahalanya terus mengalir laju ke dalam buku amal mak ayah kita.

Walaupun mereka sedang tidur di rumah, atau mungkin sudah berada di alam barzakh, pahala sedekah ini terus hidup menemani mereka.

HADIAHKAN PAHALA UNTUK MAK AYAH

Anak-Anak Terpaksa Belajar
Dalam Keadaan Sempit

Permintaan sangat tinggi, tetapi kami tidak mampu menerima murid baru kerana tiada ruang.

🏢

Bangunan Sempit & Padat

Hanya bangunan atas tanah pemberian hamba Allah yang sempit dan padat.

🔬

Tiada Bilik Khas

Tiada bilik khas untuk kemudahan pelajar seperti makmal sains, perpustakaan dan lain-lain.

📈

Tolak Permintaan

Ramai ibu bapa menangis kecewa bila anak mereka terpaksa ditolak pendaftarannya akibat kelas penuh.

Kenapa Sekolah Ini Sangat Diperlukan?

Walaupun serba kekurangan, pencapaian anak-anak ini sangat membanggakan di Melaka.

Top 1

Keputusan UPKK Cemerlang No 1 di Melaka bagi kategori swasta

Akhlak

Sahsiah dan adab pelajar sangat terpuji & dijaga

20 Orang

Fokus kelas kecil maksimum 20 murid sekelas

JAIM

Sekolah berdaftar & diiktiraf penuh oleh JAIM

Kenali Anak-Anak SRITI AN NAJAH

Melihat senyuman dan kesungguhan mereka menuntut ilmu pasti membuatkan setiap sedekah anda terasa sangat bermakna.

Projek Pembelian
Bangunan Baharu

Kami menyasarkan untuk membeli sebuah bangunan rumah kedai 3 tingkat berhampiran 150 meter dari banggunan sedia ada.

  • Kapasiti meningkat dari 200 kepada 400 pelajar.
  • Kemudahan lengkap untuk Darjah 1 hingga Darjah 6.
  • Ruang belajar yang lebih selesa dan kondusif.

Jika bangunan ini tidak dibeli segera, ramai lagi anak-anak generasi masa depan akan terlepas peluang mendapat pendidikan Islam yang cemerlang di sini.

Status Dana Kempen Ramadan

Kos Keseluruhan
RM 900,000
Terkumpul (Setakat ini)
RM 0

Target Khas 10 Malam Terakhir: RM 300,000

Mari bersama penuhkan tabung ini malam ini juga.

Gambaran Bangunan Yang Akan Kita Beli

Inilah bangunan yang bakal menjadi medan ilmu untuk 400 orang anak-anak kita nanti.

Pahala Yang Tidak Akan Putus

مَثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنبُلَةٍۢ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍۢ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya."

(Surah Al-Baqarah: 261)

إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya."

(Riwayat Muslim)

Masih Sempat Hadiahkan Pahala Untuk Mak Ayah Pada 10 Malam Terakhir

Dengarkan luahan ikhlas dari Pengasas SRITI AN NAJAH, Cikgu Mazuan.

Pilih Pakej Sedekah Anda Malam Ini

Sekurang-kurangnya letakkan satu nama mak atau ayah dalam sedekah ini malam ini sebelum Ramadan pergi.

Pakej Umum
RM 30

Jangan biar malam ini berlalu tanpa saham akhirat. Sesuai untuk infaq peribadi menolak bala dan meraih keberkatan Ramadan.

Infaq RM30
Pahala Berganda
RM 300

Satu langkah besar membantu kami membeli bangunan ini. Hadiah pahala berganda buat kedua ibu bapa dan keluarga anda.

Infaq RM300
Generasi Islam
RM 500
Infaq RM500
Legasi Ilmu (Premium)
RM 1000
Infaq RM1000

Hadiah Khas Untuk Anda Yang Infaq Pada 10 Malam Terakhir Ini

Sebagai tanda terima kasih kami, setiap penyumbang (tanpa mengira jumlah) akan menerima eBook eksklusif ini terus ke e-mel anda selepas transaksi berjaya.

  • Panduan praktikal amalan 10 malam terakhir Ramadan.
  • Kompilasi doa-doa mustajab yang ringkas tapi besar ganjaran.
  • Amalan sunnah yang mudah dibuat oleh seisi keluarga.
  • Persediaan hati menyambut malam Lailatul Qadar.
INFAQ & DAPATKAN EBOOK SEKARANG
Mockup eBook 10 Amalan Mustajab Doa

eBook "10 Amalan Mustajab Doa"

Apa Kata Ibu Bapa?

Sebab mengapa sekolah ini sentiasa menjadi pilihan utama ibu bapa di sekitar Melaka.

"

"Pada tahun 2017, kami telah mengambil risiko dengan mendaftar anak di SRITI An-Najah yang dulunya hanya beroperasi di sebuah rumah kedai dua tingkat yang serba kekurangan. Namun ianya sangat berbaloi dengan hasil yang telah diperolehi. Anak-anak kami terdidik akhlaknya. Semoga impian untuk membina bangunan baru bagi melahirkan lebih ramai generasi yang berpegang kepada Al-Quran dapat dilaksanakan. InsyaAllah. Terima kasih SRITI AN-NAJAH!"

Pn. Nora Julia Linda
Ibu murid Tahun 5 dan alumni
"

"Alhamdulillah 4 anak bersekolah di SRITI An Najah. Tutur kata, adab, akhlak masih terjaga. Solat dan quran Alhamdulillah masih terjaga.. saya doakan impian untuk mendapat bangunan baru utk pendidikan anak anak."

Puan Wan
Ibu murid Tahun 6 dan 1
"

"Alhamdulillah anak saya seramai 4 orang yang telah menimba ilmu di Sriti AnNajah. Bermula dengan anak sulung sebagai perintis dan kini si bongsu meneruskan legasi sebagai anak AnNajah. Mengapa kami memilih SRITI AnNajah? Kerana ia bukan sahaja sebuah sekolah semata tetapi madrasah yang membimbing anak-anak dengan ilmu dan akhlak."

Puan Masruhaila
Ibu murid Tahun 6, 2 dan alumni

Soalan Lazim (FAQ)

Boleh ke niat sedekah atas nama mak ayah yang telah meninggal dunia?

Boleh, sangat digalakkan. Ini adalah sedekah jariah yang pahalanya akan terus mengalir kepada mereka, insya-Allah. Semasa membuat bayaran, anda hanya perlu niatkan di dalam hati untuk mereka.

Berapa minimum untuk berinfaq?

Minimum infaq adalah RM30 untuk menampung kos transaksi. Namun, kami sangat mengesyorkan pakej RM100 untuk sedekah atas nama mak ayah bagi memberi impak yang lebih besar kepada projek bangunan ini.

Selepas infaq macam mana nak dapat eBook?

Selepas transaksi berjaya melalui sistem OnPay, anda akan terus dibawa ke satu halaman khas untuk muat turun eBook, dan salinan juga akan dihantar ke e-mel yang anda masukkan.

Ke mana dana ini akan digunakan?

100% dana (selepas ditolak caj payment gateway) akan disalurkan ke dalam tabung khas pembelian bangunan rumah kedai 3 tingkat berhampiran 150 meter dari bangunan sedia ada yang bernilai RM3 juta.

Adakah sekolah ini berdaftar?

Ya, SRITI AN NAJAH adalah Sekolah Rendah Islam Persendirian yang berdaftar dan diiktiraf sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

🌙

Jangan Biarkan Ramadan Pergi Tanpa Satu Amal Jariah Buat Mak Ayah

Malam semakin larut. Ramadan semakin jauh meninggalkan kita. Jika bukan sekarang kita kumpul saham untuk dibawa pulang ke akhirat, bila lagi? Jadikan malam ini bermakna. Letakkan nama mak ayah dalam sedekah bangunan sekolah ini sekarang.

SEDEKAH RM100 UNTUK MAK AYAH LIHAT PAKEJ LAIN